[ buku tamu bLog awien ]

[ penyumbang semangat ]

| My Small Family |


| MJ's Family |


Nov 14, 2010

::MAKNA BERTUNANG DALAM ISLAM::


 (gambar hiasan)
Apa itu makna bertunang?
“Khitbah” (Bahasa Arab) / “bertunang” (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
“Khitbah” di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna ‘melamar’ wanita untuk dijadikan bakal isteri. “Melamar” ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan ‘masa’ berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
“Khitbah” juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).
“Khitbah” juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada “hak” bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
Bagi aku pula makna bertunang ialah kita telah menghasratkan kehendak kita untuk berkahwin dengan seseorang. Makanya ia dianggap sebagai sebuah janji yang ditetapkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita.
Jika pasangan sudah bertunang ia juga bermakna kita sebagai seorang lelaki sedang berusaha untuk membuat persiapan untuk bernikah, maka segala masa yang diberi juga digunakan untuk berkenalan dengan keluarga pasangan masing-masing.
Juga haruslah pasangan itu menyatakan mereka sudah bertunang jika ditanya atau dicabar status yang boleh mendatangkan keburukkan.
Kenapa aku buka cerita bertunang ini? Mudah je alasannya sebab sekarang orang yang bertunang tidak menganggap status tunang orang itu dengan serious. Sehinggakan sekarang ini banyak cerita yang aku dengar orang putus tunang. Sungguh menghampakan sekali. Ada lelaki atau wanita yang dah bertunang masih berpoya-poya berkenalan dengan orang lain padahal mereka sepatutnya menghabiskan masa bersama keluarga atau pasangan masing-masing.
Sampai ada orang cakpa cabaran bertunang ni tinggi atau banyak. Siapa yang buat cabaran ini tinggi atau banyak? Sendiri mau fikirlah brader, sendiri buat sendiri jawab. 
Aku dah bingit dengan wanita yang kecewa dalam pertunangan sebab sebagai manusia kepercayaan berpegang pada janji. So braders, jangan anggap ringan saje.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM KLIK