[ buku tamu bLog awien ]

[ penyumbang semangat ]

| My Small Family |


| MJ's Family |


Nov 14, 2010

::Takziah kepada keluarga SHAMRIN (fotograf)::

:Vokalis kumpulan FOTOGRAF telah kembali kerahmatulah pada (ptg 11/11/10-Khamis):


~Kumpulan Fotograf~

~Arwah Shamrin Abd Samad~



MEMANG petang Khamis lalu petang yang mengejutkan kerana menerima berita sedih kematian vokalis fotograf seperti itu kerana sebelum ini arwah tidak terlantar sakit malah sihat bersukan. Saya dimaklumkan, Shamrin, 45, tumbang ketika bermain bola sepak bersama rakan artis dan PRO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Selepas kejang otot dan mengadu kepenatan dan pitam, arwah terus dikejarkan ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan tidak lama kemudian disahkan meninggal dunia jam 6.40 petang. Innalillah...


~Zaman kegemilangan beliau~

Shamrin meninggalkan tiga anak dan isterinya, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, kini sedang sarat berbadan dua. Saya harap pihak persatuan hiburan akan menghulurkan sedikit bantuan kepada balu Allahyarham dan anak-anaknya selepas ini.

Ternyata kematian Shamrin mengejutkan rakan artis seperti pemergian arwah Loloq, Din Beramboi dan Hani Mohsin. Mereka pergi secara tiba-tiba, ketika masih aktif berkhidmat dan tanpa uzur terlantar. 

~Allahyarham Loloq~

~Allahyarham Hani MOhsin~

~Allahyarham DIn Beramboi~


Buat roh mereka yang kini dari alam fana menuju ke alam baqa itu, saya hanya mampu memanjatkan doa agar roh mereka dicucuri sejuta rahmat. Al-Fatihah...

(sedikit petikan di ambil dr Harian Metro)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM KLIK