[ buku tamu bLog awien ]

[ penyumbang semangat ]

| My Small Family |


| MJ's Family |


Mar 9, 2011

SAKA tu wujud.. jom bace!!

~gambar hiasan~

sory2..tujuan ak wt entri ni bkn nk takut kn sape2.jauh skali nk aib kn org..tujuan ak baik la..selain untuk bekngsi cerita n pengalaman2 org..ak nk gak taw pndagan kowg tntg SAKA ni..sbb ak nk sgt taw cm ne kewujudan SAKA ni..ok jom bace dlu entri ak ni..elek2..jgn pk bkn2..bace dlu..

Wujud ke SAKA ni??

Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ``ilmu yang dipusakai'' itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.


Dua Cara Penurunan SAKA!! 


Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.


Penurunan ilmu saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripada keris, lembing, ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.


Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ``tuan'' barunya yang boleh ``diperintah'' melakukan sesuatu.


Kegunaan SAKA!!


Digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, ilmu seri muka, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.


Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma di zaman nabi s.a.w.


Selain boleh ``digunakan'' untuk tujuan yang dijelaskan, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga ``tuan'' saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai ``tuan'' tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.


Tuan BARU???


Anggapan ini ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya.


Pada kebiasaannya, sakit yang berpunca daripada saka tidak kira sama ada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukkan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya, atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.


***********************************************

 So ape pendapat kowg? kowg pnh alami bnda2 cm ni ke?

ok jom kite bace solan2 orang2 yg gh buntu cm sye ni..

soalan petame

Saya ada masaalah yang saya rasa berkaitan dengan saka ibu saya. Saya tidak boleh melihatnya atau berada berdekatan dengannya. Saya akan menjadi terlalu marah padanya dan akan bercakap kasar. Buat masa ini, ibu saya berada di hospital kerana badan yang terlalu lemah dan telah dimasukkan darahSaya juga terlalu selalu mengalami sakit kepala yang berdenyut2, tidak senang atau lena tidur dan merasa depress.

soalan kedua

saya sering nampak akan satu lembaga hitam di mana jua sya ada.. adakah ini dikatakan saka?? dia tidak mengganggu saya.. dia hanya mengikut saya ke mana saya pergi.. saya seolah2 sedang diperhatikan.. dari apa yg saya tahu.. arwah pak cik sya ada membela.. dan sya amat rapat dengannya.. adakah benda yg dibela arwah pak cik saya itu saka?? dan apakah kemungkinan saya pewaris yg sesuai?? ada apa2 cara untuk membuangnya?? saya juga sering nampak lembaga ini seolah2 berlari di luar gelanggang silat ketika saya bersilat?? dalam 3 mnggu yg lepas saya ada memagari rumah sya dgn cara tabur garam kasar sambil membaca ayat kursi.. selepas itu saya tidak nampak lagi dia di dalam rumah saya.. dia hanya menunggu saya di luar rumah.. hanya saya yang sering nampak benda itu.. sampai satu tahap saya takut untuk melakukan semua perkara/aktiviti saya seorang diri.. hampir sebulan saya tidak turun ke gelanggang..

soalan ketiga

Salam.. arwah moyang aku pun ade gak bela.. tp klau tak silap aku die bela harimau putih.. tujuan nya untuk berubat. dulu arwah moyang suka gi kerja dalam hutan. untuk keselamatan diri & keluarga kata nya. aku penah tengok sendiri die bersilat dengan 'benda' tu tapi aku tak pasti ape haiwan nya sebab masa tu pun umur aku baru 4 tahun tapi aku boleh ingat lagi la sampai sekarang. pernah sekali keluarga aku hampir dicelaka orang tapi alhamdulillah arwah berusaha menghalau perkara jahat tu dengan mohon pertolongan dari Allah s.w.t, tawakal dan jagaan dari 'benda' tu... tapi yang ngerinya orang yang menghantar 'benda' tu mati dengan keadaan yang amat aib sekali.. kepala kebelakang, badan didepan, kaki satu arah belakang satu arah depan. memang ngeri lah... tak sanggup nak tengok.. tapi masa tu aku kan kecil lagi.. tengok jugak la sebab nak tau... lepas tu aku demam 3 hari sebab asik teringat keadaan orang tu..

*************************************
sebagai pedoman















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM KLIK